Tuesday, August 17, 2010

learn to appreciate. :)

Masuk hari ni, dah 6 hari berpuasa. Kalau di Malaysia, dah 7 hari. How time flies kan. Sedar tak sedar nanti dah raya. Sibuklah dengan preparation nak sambut raya. Lain orang, lain la persiapannya. Tapi all in all lebih kurang sama jugak. Meriahnya tu tak terkata, especially malam raya. Fuhh.. Dengan sibuk nak ubah susunan furniture, lap meja and perhiasan dalam rumah, potong kek and susun kek and biskut dalam bekas.. Ehh memang seronok lah!

And kalau di rumah aku, every year memang persiapan nak sambut raya tak pernah berubah. Macam tu la. Susun atur furniture, letak karpet, lap2 mana yang patut termasuk pinggan mangkuk gelas, potong-potong kek, susun-susun dalam bekas, fresh flowers yang dibeli petang or malam tu dipotong ikut ketinggian yang sesuai dengan vase and susun cantik-cantik, letak kat ruang tamu. Kad-kad raya yang orang bagi plak, dikumpul and distaplerkan dlm 3-4 keping then letak reben di hujung, then gantungkan kat luar rumah, kat siling porch kereta depan rumah.

Haa kat dapur plak lain cerita. Sesi memasak memang bermula dari petang. Ingredients jangan cakap la, memang dari pagi dah ready. Mase tu la bau-bau masakan yang gils sedap dah semerbak. Menu wajib hari raya kat rumah kitorang: Kari ayam, daging masak hitam, lemang, satay, kuah kacang, ketupat pulut, ketupat nasi, stew daging/soto ayam tu occasionally la, ada masa ada, kalau takde pun takpe.. Kalau kat Sarawak, kari ayam and daging masak hitam tu memang wajib, specialty, kalau kat Semenanjung, mesti makan rendang kan? Haa aku rasa itu la difference menu kat Sarawak and Semenanjung. Sabah tak tau la pulak camne. Nanti aku usha, tanya-tanya orang Sabah yang aku kenal okay? (Sorang je kot. Haha)

And yang aku rasa memang tradisi family aku la kan, dalam bab hidangan wajib hari raya ni, kuah kacang and ketupat pulut and ketupat nasi memang buat sendiri (selain dari kari ayam and daging masak hitam; lemang and satay tu memang order lah, tempat nak bakar takde, lagipun tak larat nak tunggu hehe). Itu memang tak boleh miss. Memang tradisi dari arwah nenek aku, diturunkan kat mak aku. So, tugas utama mak aku before raya memang part ketupat and kuah kacang. Ada masanya kuah kacang diserahkan dengan orang lain, tapi ketupat memang dia je yang handle. Part ketupat ni memang aku rasa menariklah. Sebab kat rumah-rumah orang lain kan, bila aku pegi beraya, memang takde hidang ketupat pulut, just ketupat nasi/nasi himpit. Sebab tu aku rasa kat rumah aku special sket (chewah! hahahaha).

Kalau takde buat ketupat pulut, memang rasa tak complete sungguh. Bayangkan, last year bila aku, mak aku, abang and kakak aku raya kat KL, walaupun kecil-kecilan wat makanan untuk kitorang je, itu pun mak aku tetap buat ketupat sendiri. Takde beli-beli okay? Hehe. Makanan-makanan lain (refer kepada paragraph di atas) pon ade jugak mak aku masak, and kitorang tolong. Just masa tu, ada menu lain, iaitu rendang ayam Minang style. Dia bukan rendang yang kaler brown tu, yang pakai kerisik. Ni rendang warna kuning, memang perghh, one of my mom's favourite recipes kalau memasak :)

So anyways, hari raya memang best, and part berkumpul dengan family and bersalam-salaman di pagi raya tu memang syahdu lah. Tapi bila part dapat duit raya dari family members yang lebih tua, terus jadi seronok and riuh, hilang sket dah moment syahdu-syahdu tu. Then time amek gambar plak. Bape puluh shots entah, ade yang mate bertutup, mulut terbukak, tersengih tak tentu pasal, muka masam tak perasan camera diclick, anak-anak saudara ade yang menangis mood tak betul, yang tak tengok camera,.. Adoi macam-macam je kan. Tapi best betul suasana tu. Pagi raya yang meriah.

Tapi memang terasa sangat hari raya bila tak ada insan-insan yang disayang.. Arwah nenek dah meninggal 10 tahun lepas, arwah atuk pulak May tahun lepas.. Baru sangat. And that's why kitorang raya kat KL je tahun lepas, masih terasa kehilangan atuk. Macam tak complete kalau takde dia, takde arwah nenek.. Sedih sangat-sangat. Rindunya aku dengan diorang, hanya Tuhan je tahu. Mana taknya, diorang memang duduk dengan kitorang sejak dari semua kitorang adik-beradik lahir, bantu mak aku besarkan kitorang. Bila dua-dua tak ada, memang sedih tu tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata, especially bila dah time-time special macam Ramadhan and Raya. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. :(

Hurm sebagai conclusion, aku tau la yang kita ni masih lagi di minggu pertama puasa, lama lagi kot nak raya, tapi bak kata orang kan, "pejam celik pejam celik.. tak terasa" betul tak? Terutamanya kalau dok jauh-jauh dari keluarga and tanah tumpah darahku aduhh.. Ni pulak first time aku berjauhan gini dari family, terasa jugaklah bila sambut Ramadhan dengan housemates and kawan-kawan and dengan kena pegi kelas and buat assignments dengan stress dan tensionnya, without family dekat dengan aku. Huhu. Mula-mula sampai Melbourne masa bulan February hari tu, "stressing" jugaklah bila fikir yang kena menghadapi puasa and raya alone-alone without family, bukanlah maksud aku alone merana sorang-sorang menyisihkan diri dari orang dek emo-emo mengenangkan nasib diri jauh dari family bila time-time yang bermakna nih, but you know what I mean lah, sepanjang 20tahun aku hidup kat dunia nih, aku memang biasa dengan family jek, dekat tempat sendiri, all familiar environments, ni tiba-tiba pegi jauh plak, maunya effect juak mentally and emotionally.

Tapiiii 3 bulan lepas, aku happy sangat-sangat bila roommate ku sayang (eleh :p ) berjaya jumpa ticket murah gil babs untuk aku, sedap-sedap lak tu masa raya, and a week before raya tu aku spring break, lahhh ape lagi, lepas calling-calling mak aku , setttt ada green light untuk balik raya! :D

Ni lah conclusion nya, nak cakaplah yang aku akan balik Sabtu minggu depan, sempat lak tu puasa kat Kuching and raya 2,3 hari, cukuplah 2minggu tuh, aku bersyukur sangat sebab ada peluang balik, sebab aku raya aku masih tak cukup ready dari segi emosi and mental untuk raya jauh dari family :p kalau puasa boleh lagi kot, raya tu aku tak tau laaa, harap-harap next year dah boleh kot, nak jugak kan rasa camne raya kat perantauan hihi.

Just apa yang aku try nak sampaikan di sini (selain dari merepek pasal raya and so on) is that bila aku dah jauh macam ni, baru aku appreciate everything, even the petty things. Baru tau erti rindu family, rindu kawan-kawan, rindu suasana, rindu rumah, rindu makanan, rindu tempat, rindu everything! Aku rasa, communication between aku and family members pun dah semakin improve, rasa macam semakin rapat, and Tuhan je tau rasa excited bila nak balik cuti kat tempat sendiri. Sebelum ni aku tak penah rasa perasaan balik-balik cuti, coz memang aku blaja kat Kuching jek dari kecik, so takde istilah "balik Kuching for mid term break/cuti sem/whatsoever" macam most of kawan-kawan aku. So aku takde peluang nak rasa that feeling of joy everytime nak balik, and rasa reluctant sangat-sangat bila kena meninggalkan Kuching once the holidays are over. So now aku dah boleh experience perasaan tu. Last June bila aku balik for 3weeks, sumpah rasa taknak return to Melbourne lagi. I really enjoyed my time in Kuching and KL. Tapi kena jugak balik kan. Huhu.

Bila dah jauh, baru appreciate. Itula summary dari semua yang aku bebelkan panjang-panjang kat atas. Harap sudilah membaca ye, siapa yang berjaya baca sampai habis ni memang hebatlah, tahniah untuk korang. Selamat berpuasa and see you in the next post! :)

3 comments:

  1. sejak bile u reti tulis dalam bahasa melayu???
    Hahaha
    :)
    sedeyh u nak balik dah:'(
    sob"

    ReplyDelete
  2. yoh...panjang juak crita kau farah. 12 perenggan, mun esei SPM BM tok, memang lepas dah jumlah perkataan yang dimintak...bah, dah merasa juak nak betapa bestnya bila dapat balit raya.. sedih jak baca part mula2 crita ko tok, duhal nak madah dapat balit beraya sebenarnya...hehe

    selamat berpuasa & selamat menyambut hari raya (awal da jak) hehe

    ReplyDelete
  3. shay: hahahaha hey! you ingat i memang tak reti tulis in bm ke? cheh. hahaha~ ala jgn sedeh,at least nanti tak smpai 2mggu i takde then you balik. nnt dkt nak 3mggu i keseorgan ble you blk :(

    mie: hahah! yala tek,rasa dirik nak nulis pjg2 hehee. slmt berpuasa and slmt hari raya ngn kau juak mie hehe ;)

    ReplyDelete