Sunday, May 9, 2010

Good news to people in Sarawak :)

Bilangan doktor di Sarawak akan ditambah

KUCHING - Keutamaan akan diberi kepada Sarawak untuk mendapat lebih banyak doktor kerana jumlah doktor yang sedia ada di negeri ini masih berkurangan sebanyak 50 peratus, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini hari ini.

Beliau berkata, Sarawak ketika ini hanya mempunyai 600 doktor tidak termasuk doktor swasta dan memerlukan sekurang-kurangnya 1,200 doktor.

"Keutamaan akan kita berikan kepada Sarawak sekarang kerana kita kurang doktor sebanyak 50 peratus daripada jumlah yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesihatan dan penjagaan mulut di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika ini kementerian mampu untuk mendapatkan kira-kira 3,300 doktor terlatih dalam setahun dan daripada jumlah tersebut kira-kira 3,000 akan berkhidmat di hospital kerajaan setelah mereka menamatkan latihan dan pengajian masing-masing.

Menurutnya, doktor-doktor yang telah tamat pengajian dan latihan tidak menghadapi banyak masalah untuk berkhidmat di Sarawak termasuk kawasan luar bandar kerana mereka berpeluang untuk menerima pelbagai insentif daripada kerajaan.

Katanya lagi, setakat ini terdapat kira-kira 25,000 doktor yang berkhidmat di negara ini dan ia termasuk doktor-doktor yang berkhidmat di hospital swasta. - Bernama

-Kosmo! Online

Good to know this, its about time that the government to allocate more doctors to the hospitals in Sarawak. Logically speaking, Sarawak is the biggest state in Malaysia, and how many hospitals are there in each division? Banyak right. So yeah of course more doctors are needed.

Hopefully service di hospital (especially general hospitals) pun semakin dibaiki and ditingkatkan. We need the quality, people! So that orang yang datang ke hospital untuk dirawat jadi semakin sihat, bukan semakin parah ye. :)

No comments:

Post a Comment